headline photo

Surat - Surat dalam Al-Qur'an

Kamis, 17 Januari 2013



Dalam Quran ada 114 surat. Setiap surat mempunyai takwil tertentu.
Di bawah ini disebutkan takwil setiap surah secara tertib:
o Al-Fatihah : Dibukakan baginya pintu-pintu kebaikan dan ditutup pintu keburukan.
o Al-Baqarah : Panjang umurnya dan baik agamanya.
o Ali Imran : Bersih diri dan bersih jiwanya serta sanggup menghujah pihak-pihak yang batil.
o An-Nisa' : Menjadi pembagi-bagi harta warisan, mewarisi wanita dan mewariskan harta kerana umurnya yang panjang.
o Al-Ma'idah : Tinggi darjatnya,kuat keyakinannya dan baik kewarakannya.
o Al-An'am : Banyak binatang peliharaannya dan dia menjadi pemurah.
o Al-A'raf : Tidak akan keluar dari dunia sebelum dia menginjak bukit Turisina.
o Al-Anfal : Menang melawan musuh dan dia mendapat harta ghanimah.
o At-Taubah : Hidup terpuji di tengah-tengah masyarakat dan mati dalam keadaan bertaubat.
o Yunus : Bagus ibadatnya dan man daripada tipudaya serta ilmu sihir.
o Hud : Berhasil tanam-tanamannya dan berkembang binatang ternaknya.
o Yusuf : Pada mulanya dia dianiaya orang tetapi kemudian pergi merantau dan berhasil di perantauan.
o Al-Ra'du Ibrahim : Menghafaz banyak doa dan cepat beruban. Bagus agama dan urusannnya di sisi Allah.
o Al-Hijr : Terpuji di sisi Allah SWT dan di sisi manusia.
o An-Nahl : Diberikan ilmu dan kalau dia sedang sakit bererti dia akan sembuh.
o Bani Israil : Mulia di sisi Allah SWT dan menang melawan musuh-musuhnya.
o Al-Kahfi : Tercapai cita-citanya dan panjang umurnya sehingga dia bosan hidup dan rindu akan mati.
o Maryam : Menghidupkan sunah para nabi, dituduh dan dihinakan teteapi akhirnya terbukti kesuciannya.
o Taha : Kebal dari khianat tukang-tukang sihir.
o Al-Anbiya' : Mendapat kemudahaan dan kebahagiaan setelah menghadapi pelbagai kesusahan dan mendapat ilmu dan khusyuk.
o Al-Haj : Dapat mengerjakan haji berulang-ulang insya-Allah.
o Al-Mukminun : Kuat imannya dan mati dalam iman.
o An-Nur : Allah SWT menerangi hati dan kuburnya.
o An-Furqan : Menjadi pemisah antara yang hak dan batil.
o As-Syu'ara : Allah SWT melindunginya dari kejahatan.
o An-Naml : Diberikan kerajaan atau kekuasaan.
o Al-Qasas : Diberikan perbendaharaan yang halal.
o Al-Ankabut : Dia dalam penjagaan Allah SWT sehingga matinya.
o Ar-Rum : Allah SWT memberikan kekuatan kepadanya untuk menakluki negeri kaum musyrikin ramai umat yang mendapat pertunjuk di tangannya.
o Luqman : Diberikan hikmah.
o As-Sajdah : Mati di atas sejadahnya dan menjadi orang yang berjaya di sisi Allah SWT.
o Al-Ahzab : Menjadi kelompok orang bertakwa dan pengikut kebenaran.
o Saba' : Zuhud di dunia dan suka beruzlah (mengasingkan diri dari masyarakat yang banyak mengerjakan dosa).
o Fatir : Allah SWT membukakan pintu-pintu nikmat kepadanya.
o Yasin : Dijadikan sebagai pencinta pengikut Rasulullah SAW.
o As-Saffat : Mendapat anak yang taat dan mempunyai keyakinan.
o Sad : Pandai bertukang dan banyak hartanya.
o Al-Zumar : Bersih agamanya dan baik akhir hayatnya.
o Al-Mukmin : Diangkat darjatnya di dunia dan akhirat dan mengalir kebaikan-kebaikan melalui tangannya.
o Hamim As-Sajdah : Menjadi penyeru kepada yang hak dan ramai yang mencintainya.
o Hamim Ain Sin Qaf : Panjang umurnya.
o Al-Zukhruf : Jujur dalam percakapannya.
o Al-Dhukan : Diberikan kekayaan.
o Al-Jasiah : Menjadi khusyuk dan takut kepada Allah SWT.
o Al-Ahqaf : Melihat perkara-perkara ajaib di dunia.
o Muhammad : Menjadi baik sirah (perjalanan hidupnya).
o Al-Fath : Diberi taufik untuk berjihad.
o Al-Hujurat : Allah SWT merahmatinya.
o Qaf : Dimurahkan rezekinya.
o Al-Zariat : Menjadi tanam-tanamnya.
o Al-Tur : Bererti dia sudah dekat dengan Makkah Al-Mukarramah.
o An-Najm : Mendapat anak yang cantik dan terpandang.
o Al-Qamar : Kebal daripada ilmu-ilmu sihir.
o Ar-Rahman : Mendapat nikmat di dunia dan mendapat rahmat di akhirat.
o Al-Waqi'ah : Bersegera kepada taat.
o Al-Hadid : Sihat badan dan dipuji orang.
o Al-Mujadalah : Membantah pihak-pihak yang batil serta sanggup memberikan hujah-hujah bernas.
o Al-Hasyar : Dia mengancurkan musuh-musuhnya.
o Al-Mumtahanah : Mendapat rintangan dan cubaan tetapi diberi ganjaran.
o As-Saff : Ingin mati syahid.
o Al-Jum'at : Allah SWT mengumpulkan pelbagai kebaikan baginya.
o Al-Munafiqun : Lepas daripada kemunafikan.
o At-Taghabun : Tetap di atas petunjuk.
o At-Talaq : Terjadinya pertengkaran antara suami dan isteri dan terkadang sampai kepada perceraian.
o Al-Mulk : Besar kerajaannya.
o Nun al-Qalam : Diberi kefasihan dan pandai menulis.
o Al-Haqqah : Dia berdiri di atas hak.
o Al-Ma'arij : Berada dalam keadaan aman di ditolong.
o Nuh : Menjadi penyeru kepada kebaikan dan pencegah dari yang mungkar serta mengalahkan musuh-musuhnya.
o Al-Jin : Terpelihara dari gangguan syaitan.
o Al-Muzammil : Diberi taufik untuk mengerjakan solat tahjud.
o Al-Mudassir : Baiklah tempat tidurnya dan dia menjadi orang sabar.
o Al-Qimayah : Tidak mahu bersumpah untuk selama-lamanya.
o Al-Insan : Menjadi orang yang pemurah, bersyukur dan baik penghidupannya.
o Al-Mursalat : Diluaskan rezekinya.
o 'Amma Yatussalun : Menjadi mulia dan masyur kemuliaannya.
o An-Nazi'at : Dicabut kesusahan dan sifat khianat dari hatinya.
o 'Abasa : Dia memberikan zakat dan sedekah.
o Al-Takwir : Banyak melancong dan banyak mendapat keuntungan.
o Al-Infitar : Dekat kepadanya raja-raja dan pembesar serta mereka menghormatinya.
o Al-Mutaffifin : Allah SWT memberikan sifat amanah kepadanya, sifat adil dan menyempurnakan janji.
o Al-Insyiqaq : Ramai anak dan keturunannya.
o Al-Buruj : Lepas dari dukacita dan mendapat ilmu. Ada yang mengatakan ilmu yang dimaksud ialah ilmu nujum.
o At-Tariq : Diberi taufik untuk banyak bertasbih.
o Al-A'la : Mudah segala urusannya.
o Al-Ghasiyah : Naik pangkat atau martabatnya.
o Al-Fajr : Diberi pakaian yang cantik-cantik.
o Al-Balad : Allah SWT memberikan taufik kepadanya sehingga dia suka membei makan kepada orang lain, memuliakan anak yatim dan menyayangi orang-orang daif.
o As-Syams : Diberikan kepintaran, kecerdikan dan kefahaman.
o Al-Lail : Diberi taufik untuk qiyamullail dan terpelihara daripada terbongkarnya rahsianya.
o Ad-Dhuha : Dia memuliakan orang-orang miskin dan anak yatim.
o Al-Alaq : Dijadikan atau menjadi orang yang tawaduk, fasih dan cantik tulisannya.
o Al-Qadar : Panjang umur serta tinggi martabatnya.
o Al-Bayyinah : Dengan izin Allah, mendapat pertunjuk di tangannya kaum yang zalim.
o Al-Zalzalah : Allah mengoncongkan dengannya tumit orang-orang kafir.
o Al-'Adiyat : Mendapat kuda.
o Al-Qariah : Menjadi mulia kerana bertakwah dan banyak beribadah.
o At-Takasur : Menjadi zuhud dan tidak menumpuk harta.
o Al-Asr : Dijadikan orang yang sabar dan mentaati kebenaran. Dan juga dia rugi dalam perniagaan tetapi akhirnya mendapat keuntungan yang banyak.
o Al-Humazah : Dia mengumpul harta yang banyak yang bermanfaat baginya untuk amal-amal kebajikan.
o Al-Fil : Ditolong untuk menentang musuh-musuhnya dan di tangannnya Islam dapat menakluki kawasan musuhnya.
o Al-Quraisy : Dia memberi makan orang-orang miskin dan terjadi hubungan erat di antaranya dan hamba Allah yang lain.
o Al-Ma'un : Berjaya mangalahkan orang-orang yang menentangnya.
o Al-Kausar : Banyak kebaikannya di dua negeri.
o Al-Kafirin : Diberi taufik untuk menentang orang-orang kafir.
o An-Nasr : Allah SWT menolongnya untuk melawan musuh-musuhnya. Bermimpi membaca surat Al-Nasr juga menandakan dekatnya ajal orang yang bermimpi itu kerana ini merupakan surah pemberitahuan Rasulullah saw akan dekatnya ajalnya.
o Al-Lahab : Sebahagian orang munafik memusuhinya tetapi akhirnya dikalahkan oleh Allah SWT.
o Al-Ikhlas : Mendapat kesenangan, mulia dan terpelihara akidahnya. Menurut satu pendapat sikit keluarganya, tetapi senang hidupnya. Ada yang mengatakan bermimpi membaca surat ini menunjukkan dekatnya ajalnya.
o Al-Falaq : Allah SWT memeliharanya daripada kejahatan manusia dan jin, daripada gangguan binatang dan dengki manusia.
o Al-Nas : Selamat daripada gangguan syaitan dan tenteranya.

0 komentar:

Posting Komentar